January 8, 2013

Memburu Kalori - William Corner

Makan besar lagi..!!
Tidak!!!!
Fuh, semenjak masuk tahun baru ni, entah berapa kali dah aku gi makan kedai-kedai mahal ni..
Hari tu kat Steamboat Antarabangsa, pastu Island..
semalam WILLIAM CORNER..!!

ingat lagi dua tahun lepas ada seorang member ni bawak aku gi makan kat Murni area SS2 Kelana Jaya..dia ada cakap selain Murni, ada lagi satu kedai yang menyajikan makanan-makanan yang setanding iaitu kat William Corner..tapi tak perlu hairanlah sebab William ni adik beradik je ngan owner murni tu..

Peserta food hunter kali ni terdiri daripada rakan-rakan se-intern ngan aku kat MAS iaitu terdiri daripada Shahzmim Dzahari, Aiman Azizan, Hayu Najjar, Khadijah Sahray, Meera Izni, Aishah Hassan, Afifah Sulaiman dan Ezwan Mazlan..wah, dah macam nama-nama artis pulak..hahahaha

Ini antara hidangan-hidangan yang aku santap malam tadi:



Mee Raja with Beef (RM10)
kalau tak makan daging boleh pilih ayam (RM10) atau seafood (RM20)


Mix Grill (RM50)
dalam ni ada kambing, lembu, pepperoni, sosej, mashed potato dan rendang..rasa dia memang superb..kitorang order 2 dulang untuk 8 orang makan..memang super awesome!!


Blueberry Yogurt (RM5)
yogurt blueberi ni sangat-sangat la sedap sebab rasa macam sugus..ada dua gelas sebab Shahzmim Dzahari order sama..


selain dari 3 kat atas ni, food hunter yang lain ada jugak order makanan lain macam 
Spaghetti Carbonara Meatball (RM20)
Soda Herb (RM8)
Ice-Blended Mango with Watermalon (RM8)
Ribena Longan (RM8).

Soda Herb air paling rare la sebab ada macam-macam dalam dia seperti daun pudina, lemon, buah pitch, serai dan lain-lain herba. Takde gambar semua-semua ni sebab tak sempat nak ambik gambar, excited nak makan.

Posted on by akunawzzi | 1 comment

1 comment: